AJK KADET BOMBA SMKSB 2010

AJK KADET BOMBA SMKSB 2010

Rabu, 24 Februari 2010

Ikrar Bomba

Bahawa kami, pegawai-pegawa Bomba dan Penyelamat:

Menyedari tanggungjawab pada Negara, Bangsa dan Agama.

Berpegang teguh kepada Teras Perkhidmatan Cemerlang.

Bekerja dengan ikhlas, penuh tanggungjawabdan beramanah.

Tidak akan menggunakan kedudukan jawatan untuk kepentingan diri.

Berkhidmat dengan penuh muhibbah dan kemesraan

Demi,

Meninggikan disiplin, produktiviti dan kualiti perkhidmatan awam.

Etika Bomba

Berkhidmat untuk negara kerana Allah

Sentiasa berkhidmat untuk faedah masyarakat

Taat dan setia, cekal dan sabar

Bekerja dengan dedikasi, cekap dan berdisiplin

Siap sedia setiap masa

Seerat serasa sehati sejiwa

Objektif Bomba

Untuk memberi khidmat pencegahan dan pemadaman kebakaran, menguatkuasakan peruntukan undang-undang yang berkaitan dengan aspek keselamatan dan memadam kebakaran serta menyediakan khidmat kemanusiaan yang cekap dan berkesan.

Objektif Kualiti Bomba

Dari segi kualiti jabatan bertekad untuk cermelang melalui
inovasi dan kualiti MS ISO 9000.

Visi dan Misi

VISI

Untuk mencapai misi ini kami komited untuk memberikan perkhidmatan kebombaan dan penyelamatan secara profesional dan unggul untuk melindungi nyawa, harta benda dan alam sekitar serta memberikan perkhidmatan perikemanusiaan di semua keadaan bencana.


MISI

Ke Arah Sebuah Organisasi Kebombaan Dan Penyelamatan Bertaraf Dunia.

Sejarah Kadet Bomba

Penubuhan Kadet Bomba bermula apabila Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Seremban membuat permohonan untuk menubuhkan persatuan tersebut di maktab tersebut. Majlis pelancaran penubuhan Persatuan Kadet Bomba maktab tersebut telah di rasmikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Bomba Negeri Sembilan dan telah di hadiri oleh pegawai kanan dari Ibu Pejabat Bomba dan Jabatan Bomba Negeri Sembilan. Majlis gilang gemilang tersebut berlangsung di maktab tersebut pada 14 Mei 1984.

Motto Pasukan Kadet Bomba ialah ‘Berkhidmat Untuk Menyelamat’ yang mana ianya selaras dengan tujuan penubuhannya. Pelajar di beri latihan dan didikan kaedah penyelamat bukan sahaja ketika menghadapi kebakaran tetapi juga ketika menghadapi kecemasan yang lain. Berfalsafahkan tujuan untuk membina insan yang mempunyai sahsiah yang seimbang dari segi intelek, emosi, rohani dan fizikal, persatuan ini ternyata menarik minat ramai pelajar menyertainya. Matlamat utama penubuhan persatuan kadet bomba ialah membentuk pelajar yang peka terhadap isu-isu semasa, keselamatan dan kemanusiaan.

Dengan menyertai persatuan kadet bomba pelajar akan dapat menimba pengetahuan asas dalam bidang teori dan praktikal bantuan kebombaan, berkongsi kesefahaman dan meningkatkan kemahiran dalam menjalankan tugas dan memberi kesedaran kepada sekolah dan masyarakat secara umumnya tentang bahaya kebakaran dan kecuaian manusia.

Sejarah Penubuhan Bomba




Perkhidmatan Bomba Malaysia bermula pada tahun 1883 dengan penubuhan Bomba sukarela Negeri Selangor yang diketuai oleh H.F.Bellamy bersama 15 anggota. Pasukan ini yang diletakkan dibawah Lembaga Kebersihan telah menjadi Pasukan Bomba Dan Penyelamat Tetap pada tahun 1895. Perkhidmatan Terus berkembang di setiap negeri dan diletakkan dibwah Majlis Perbandaran atau Lembaga Luar Bandar. Pada tahun 1946, iaitu selepas perang Dunia Kedua, pasukan 'Malayan Union Services' (MUS) dengan Flight Lt.W.J Gerumandi sebagai 'Director of Malayan Union Fire Services' telah dibentuk. MUS beribu pejabat di Kuala Lumpur.

Melalui perjanjian Persekutuan Tanah Melayu, Perkhidmatan Bomba diserahkan kembali kepada kerajaan-kerajaan negeri dibawah pentadbiran Lembaga Bandaran dan Lembaga Luar Bandar mengikut negeri-negeri masing-masing. Untuk menyelaraskan perkhidmatan Bomba ditubuhkan dibawah Kementerian Pembangunan dan Kerajaan Tempatan.

Perkhidmatan Bomba Malaysia disatukan sebagai sebuah jabatan diperingkat persekutuan dengan penyatuan Bomba dan Penyelamat di Negeri-negeri Persekutuan pada 1hb januari 1976. Penyatuan ini meletakkan Perkhidmatan Bomba Malaysia dibawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Ini diikuti oleh perkhidmatan Bomba Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Melaka pada 1hb januari 1977. Pada 15hb Mei 1981, perkhidmatan Bomba Sabah dan Sarawak telah disatukan.


Selasa, 1 September 2009

Kadet Taraf Dunia






Tahniah kerana wajah anda telah diiklan di seluruh dunia
woowww...miss world le gi tu