AJK KADET BOMBA SMKSB 2010

AJK KADET BOMBA SMKSB 2010

Rabu, 24 Februari 2010

Lagu Kadet Bomba dan Penyelamat Malaysia

Kadet Bomba bersatu
Sama berganding bahu
Pemuda pemudi harapan
Tiang negara

Jiwa raga yang murni
Tanggungjawab membantu
Di mana jua
Tetap bersedia
Menimba ilmu jaya

Demi masa hadapan
Berwawasan matlamatnya
Pastikan berjaya
Kadet bomba bersatu
Bersemangat membara
Cita-cita tersemat luhur

Gigih berusaha
Ikrar kami sahutlah
Berani beretika
Harumkan nama
Malaysia jaya ( 2X )

Lagu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

Kami anggota bomba
Diseluruh negara
Bersiap dan bersedia
Disetiap masa

Mengawal Kebakaran
Di kota dan di desa
Menyelamatkan nyawa
Dan juga harta benda

Rukun Negara kami junjung bersama
Penuh setia dengan semangat waja
Dari Perlis hinggalah ke Sabah
Mendukung etika bekerja

Kepada rakyat semua
Marilah bekerjasama
Untuk menghindarkan
Segala mala petaka

Demi kesejahteraan
Kita bersama
Barulah kita hidup
Aman damai selamanya.

Fungsi Bomba

Fungsi-fungsi utama jabatan adalah mengikut peruntukan di dalam Akta Perkhidmatan Bomba 1988 (Akta 341).

Ke Arah Sebuah Organisasi Kebombaan Dan Penyelamatan Bertaraf Dunia

Menyediakan langkah dan tatacara bagi:
- Memadam / menentang / mencegah kebakaran; Melindungi mengawal kebakaran;
- Melindungi nyawa dan harta benda.

Melaksanakan tatacara penyiasatan tentang sebab, punca dan hal kebakaran.

Menggubal tatacara perlaksanaan khidmat kemanusiaan.

Menyediakan garis panduan dan tatacara pengurusan balai-balai bomba.

Memberi input dan data-data kepada Ibu Pejabat dalam hal penggubalan dasar dan operasi melawan kebakaran.

Mengawalselia penubuhan, pentadbiran dan disiplin Pasukan Bomba Bantuan dan Bomba Sukarela.

JBPM boleh selain daripada tugas-tugasnya dibawah subsekyen (1)melaksanakan apa-apa tugas lain yang dipertanggungjawabkan kepadanya oleh undang-undang atau sebaliknya yang diadakanoleh menteri untuk dilaksanakan.

Bendera Bomba


Bendera Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia terbahagi kepada dua bahagian, tiga segi warna merah dengan logo Jabatan, jalur kuning, dan jalur biru dalam satu tiga segi yang lain-lain.

Warna merah melambangkan semangat berani yang tinggi di kalangan anggota bomba dalam menjalankan tugas operasi kebombaan dan penyelamatan untuk bangsa dan negara.

15 jalur kuning dan biru membawa maksud terdapat 15 buah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri-negeri.

Jalur warna kuning bermaksud Jabatan menawarkan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan dan stake holders ke arah perkhidmatan bertaraf dunia dan mencerminkan kesetiaan kepada Raja dan Negara.

Jalur warna biru melambangkan air yang digunakan sebagai media utama pemadaman kebakaran dan menitikberatkan kebersihan alam sekitar semasa menjalankan operasi kecemasan.

Logo Bomba


Bahagian atas logo Jabatan bomba dan Penyelamat, Malaysia terdapat bentuk bulan sabit dan bintang yang membawa makna bahawa nilai-nilai Islam dan nilai-nilai murni diserapkan ke dalam budaya kerja Jabatan Bomba dan Penyelamat, Malaysia.

Topi keledar dan kapak bersilang bermaksud keselamatan kepada personel Jabatan yang memberikan perkhidmatan secara profesional.

Bunga padi melambangkan kuasa untuk melaksanakan Akta Perkhidmatan Bomba 1988 (Akta 341) dan juga kemakmuran negara.

Warna merah melambangkan semangat keberanian yang tinggi, warna kuning melambangkan jabatan menawarkan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan dan warna biru melambangkan air yang digunakan sebagai media utama pemadaman kebakaran.

Dasar Kualiti Jabatan Bomba dan Penyelamat

Komitmen kami kepada masyarakat adalah memberikan khidmat kebombaan dan penyelamatan yang Profesional dan Berkualiti.

Misi Kualiti Jabatan Bomba dan Penyelamat

Profesional: Buat kerja yang betul dengan betul

Cekap: Pertamakalinya tepat masanya dan setiap kali

Disiplin: Dengan sikap yang jujur

Piagam Pelanggan

1. Komitmen kami kepada masyarakat adalah memberikan khidmat kebombaan yang profesional dan berkesan.

2. Kami berjanji sentiasa bersedia memberi khidmat kemanusiaan.

3. Kami berjanji untuk mempastikan dan menentukan aspek-aspek keselamatan dan pencegahan kebakaran di bangunan-bangunan sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang.

4. Kami berjanji sentiasa berusaha untuk memberi kesedaran mengenai keselamatan dan pencegahan kebakaran kepada orang ramai dengan efektif.