AJK KADET BOMBA SMKSB 2010

AJK KADET BOMBA SMKSB 2010

Rabu, 24 Februari 2010

Sejarah Kadet Bomba

Penubuhan Kadet Bomba bermula apabila Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Seremban membuat permohonan untuk menubuhkan persatuan tersebut di maktab tersebut. Majlis pelancaran penubuhan Persatuan Kadet Bomba maktab tersebut telah di rasmikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Bomba Negeri Sembilan dan telah di hadiri oleh pegawai kanan dari Ibu Pejabat Bomba dan Jabatan Bomba Negeri Sembilan. Majlis gilang gemilang tersebut berlangsung di maktab tersebut pada 14 Mei 1984.

Motto Pasukan Kadet Bomba ialah ‘Berkhidmat Untuk Menyelamat’ yang mana ianya selaras dengan tujuan penubuhannya. Pelajar di beri latihan dan didikan kaedah penyelamat bukan sahaja ketika menghadapi kebakaran tetapi juga ketika menghadapi kecemasan yang lain. Berfalsafahkan tujuan untuk membina insan yang mempunyai sahsiah yang seimbang dari segi intelek, emosi, rohani dan fizikal, persatuan ini ternyata menarik minat ramai pelajar menyertainya. Matlamat utama penubuhan persatuan kadet bomba ialah membentuk pelajar yang peka terhadap isu-isu semasa, keselamatan dan kemanusiaan.

Dengan menyertai persatuan kadet bomba pelajar akan dapat menimba pengetahuan asas dalam bidang teori dan praktikal bantuan kebombaan, berkongsi kesefahaman dan meningkatkan kemahiran dalam menjalankan tugas dan memberi kesedaran kepada sekolah dan masyarakat secara umumnya tentang bahaya kebakaran dan kecuaian manusia.

1 ulasan:

powertrain1648 berkata...

Sebenarnya 2 MRSM terlibat menubuhkan kadet bomba pada tahun 1985...MRSM Seremban dan MRSM Kuantan but yes perasmian dilakukan di MRSM Seremban tetapi disertai oleh kadet2 dari kedua2 MRSm tersebut. Harap maklum.

Catat Ulasan